Make your own free website on Tripod.com

"Bersama Membela Maruah Palestin"

"Membantu Palestin Hukumnya Wajib." -Fatawa Syeikh Dr. Yusuf Qhardawi

Seterusnya kerajaan British dan sekutu-sekutunya telah mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara untuk orang-orang Yahudi seluruh dunia pada tahun 1947.

Selama beratus-ratus tahun lamanya, Israel berada di bawah pemerintahan Khalifah Islam, sehinggalah penubuhan kedutaan British yang pertama di Jerusalem dalam pertengahan tahun 1800.

Ketika pemerintahan empayar Uthmaniah berada dalam keadaan nazak, seorang kenamaan British berdarah Yahudi bernama Moses Montofiore mula mencanang idea penubuhan negara Israel pada tahun 1839

"Bersama Hamas Menentang Kewujudan Negara Iseral"

 

 

 

 

 

Bar Kod Barangan Israel

"Bersama Memboikot Barangan Israel"
Dunia Islam
@
L
-ikhwan
Cbox
Give Your
Comments
Malaysia
"Bersama Membantah Penubuhan IFC"

@L-ikhwan Live Play:

Bacaan Al-Quran, Nasyid, Video....

@L-ikhwan
InfraSide
Manfaatkannya

Oleh : Khairul Arifin Mohd Munir

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menyokong kenyataan Dato' Seri Harussani Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulamak 2006 agar kerajaan mengkaji semula beberapa amalan rasmi kini seperti perayaan kongsi Raya bagi mengelakkan kekeliruan timbul dalam masyarakat.

Abim berpandangan bahawa mengiktiraf perayaan agama lain dengan cuti umum telah mencerminkan semangat toleransi, kesefahaman dan perpaduan berbilang kaum, tetapi tidaklah wajar sehingga meraikan perayaan agama lain.

Semangat perpaduan dan toleransi berbilang kaum boleh diterjemahkan dalam sambutan-sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru dan lain-lain. Oleh itu Abim sebelum ini pernah menghantar Memorandum kepada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menyatakan kebimbangan Abimterhadap fenomena “Kongsi Raya” ini.

Fenomena muktahir

Perayaan-perayaan keagamaan telah disambut secara besar-besaran sejak kebelakangan ini, bukan sahaja di peringkat individu, bahkan juga oleh pihak Kerajaan. Sambutan ini diasaskan kepada pertimbangan semangat toleransi, kerjasama dan perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia. Malah, ia sudah menjadi semacam sebuah agenda nasional, bertujuan untuk menarik para pelancong asing ke Malaysia.

Namun, di dalam keghairahan masyarakat Malaysia menganjurkan apa yang disifatkan sebagai “Kongsi Raya” ini, beberapa aktiviti yang dianjurkan telah menimbulkan kemusykilan sama ada ianya dibenarkan oleh syarak atau tidak.

Tidak juga dapat dipastikan sama ada aktiviti-aktiviti ini dilakukan secara sukarela atau kerana terpaksa. Antara aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan ini ialah keperluan pekerja-pekerja beragama Islam di kedai-kedai tertentu memakai pakaian a la “Santa Claus”, acara di mana pembesar-pembesar negara khususnya yang beragama Islam dikehendaki merasmikan pokok Krismas tertinggi dengan lambang salib di puncaknya dan majlis-majlis lain seumpama ini.

Kedua-dua contoh yang diutarakan ini adalah perlambangan (simbolism) kepada perayaan Krismas. Di dalam perayaan Tahun Baru Cina pula, anak-anak muda Islam sama-sama menarikan tarian naga.

Persoalannya sekarang, apakah semua ini diharuskan syarak tanpa sebarang panduan? Ataupun ada perkara-perkara yang menyentuh akidah perlu dihindarkan. Oleh itu amatlah diharapkan agar satu panduan yang jelas dapat dikeluarkan agar masyarakat secara umumnya memahami dengan jelas perkara ini, seterusnya masyarakat bukan Islam juga akan lebih menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara dan juga penganutnya.

Dengan kata lain, akidah umat Islam akan lebih terjaga dan dalam masa yang sama, semangat toleransi antara kaum dan agama dapat dimantapkan.

Konsep kongsi raya bagi umat Islam

Anas bin Malik telah berkata::

"Nabi s.a.w. telah datang ke Madinah, sedangkan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr.”

 (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Nasa'i dengan sanad yang sahih).

Berdasarkan kepada hadith di atas, jelas bahawa kaum Muslimin hanya dituntut untuk merayakan dua jenis perayaan sahaja. Ini dijelaskan lagi oleh sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis yang lain yang maksudnya: “Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan dan inilah perayaan kita” (merujuk kepada dua hari raya di atas).

Oleh yang demikian, di atas alasan apakah kaum Muslimin dibolehkan merayakan hari-hari kebesaran masyarakat-masyarakat agama lain?

Merayakan perayaan selalin dua hari raya

Adalah juga jelas di dalam Islam bahawa masyarakat bukan Islam mempunyai hak untuk merayakan perayaan agama mereka. Sebagaimana maksud firman Allah SWT.:

Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku

Dan maksud firman Allah:

Tiada paksaan dalam agama

Cuma persoalannya sekarang, apakah umat Islam harus sama-sama merayakannya dengan beralasankan toleransi dan perpaduan masyarakat majmuk? Sehubungan ini, adalah dicadangkan agar beberapa perkara berikut diberi perhatian:

a) Niat dan Tujuan: Tidak dinafikan bahawa perayaan merupakan syiar kepada sesuatu agama dan kepercayaan. Jika tujuan menyertai perayaan tersebut adalah untuk sama-sama meninggikan syiar agama dan kepercayaan tersebut, maka dikhuatiri akan menjejaskan akidah orang Islam, kerana secara tidak langsung ianya merupakan pengiktirafan terhadap agama lain selain Islam. Ini adalah bertepatan dengan kaedah fiqh yang masyhur dan diterima oleh para fuqaha:

(Natijah) Setiap sesuatu perkara (adalah bergantung) kepada niatnya

b) Di dalam perayaan tertentu, terdapat amalan yang disifatkan sebagai ritual atau upacara peribadatan seperti menyerah makanan kepada berhala, membakar colok dan sebagainya. Penyertaan di dalam amalan yang sebegini juga dikhuatiri akan menjejaskan akidah seseorang.

c) Adat yang bukan bersifat ritual dan ibadat tetapi telah diterima dan terkenal sebagai syiar kepada agama dan kepercayaan tertentu. Contohnya, pakaian “Santa Claus” dan pokok krismas bagi perayaan Krismas. Hal begini juga mesti dielakkan oleh penganut agama Islam dan majikan bukan Islam tidak harus memaksa pekerja Muslim mereka memakainya kerana ianya menyumbang kepada tertegaknya syiar tersebut.

d) Suatu kebiasaan yang tiada kena mengena dengan agama, syiar dan kepercayaan seperti majlis makan minum dan sebagainya. Perkara sebegini seharusnya dibenarkan penyertaan berbagai jenis dan lapisan kaum di dalam usaha mengeratkan hubungan dan perpaduan di antara mereka.

Cadangan

Suatu fatwa dan garis panduan yang jelas perlu dikeluarkan demi menjaga akidah umat Islam dan sensitiviti masyarakat berbilang kaum. Sesungguhnya penganut bukan Islam tidak dituntut mengamalkan perkara-perkara (a) hingga (c) di atas di dalam merayakan Hari Raya Haji dan Puasa bersama-sama Kaum Muslimin.

Orang bukan Islam tidak dituntut untuk bersembahyang sunat Hari Raya, sama-sama bertakbir, berkorban dan sebagainya. Oleh itu, umat Islam juga sepatutnya dihormati akidah mereka dan tidak dituntut melakukan perkara yang menjejaskannya.

Adalah amat diharapkan semoga penjelasan yang jelas mengenai perkara ini, terutamanya dari pihak yang dihormati kewibawaannya seperti Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan akan dapat dijadikan panduan oleh masyarakat Islam dan bukan Islam. Apa juga acara yang diatur di dalam menyambut perayaan masing-masing, terutamanya yang melibatkan pembesar-pembesar negara yang beragama Islam dan bukan Islam, hendaklah mengambil kira sensitiviti ini.

Abim berdoa semoga masyarakat majmuk di Malaysia ini akan terus hidup di dalam suasana keamanan dan meningkatkan lagi sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Khairul Arifin Mohd Munir
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Anjung Rahmat, Gombak

Sumber : harakahdaily.net

::: Kerajaan Perlu Kaji Semula Kongsi Raya :::

Created And Designed by
hamba_tarbiyah@yahoo.com ®
All Rights Reserved
Copyright © 2006

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cari :

di