Make your own free website on Tripod.com

"Bersama Membela Maruah Palestin"

"Membantu Palestin Hukumnya Wajib." -Fatawa Syeikh Dr. Yusuf Qhardawi

Seterusnya kerajaan British dan sekutu-sekutunya telah mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara untuk orang-orang Yahudi seluruh dunia pada tahun 1947.

Selama beratus-ratus tahun lamanya, Israel berada di bawah pemerintahan Khalifah Islam, sehinggalah penubuhan kedutaan British yang pertama di Jerusalem dalam pertengahan tahun 1800.

Ketika pemerintahan empayar Uthmaniah berada dalam keadaan nazak, seorang kenamaan British berdarah Yahudi bernama Moses Montofiore mula mencanang idea penubuhan negara Israel pada tahun 1839

"Bersama Hamas Menentang Kewujudan Negara Iseral"

 

 

 

 

 

Bar Kod Barangan Israel

"Bersama Memboikot Barangan Israel"
Dunia Islam
@
L
-ikhwan
Cbox
Give Your
Comments
Malaysia
"Bersama Membantah Penubuhan IFC"

@L-ikhwan Live Play:

Bacaan Al-Quran, Nasyid, Video....

@L-ikhwan
InfraSide
Manfaatkannya

Oleh(re-edit) : @L-ikhwan Editor

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa golongan Yahudi tidak boleh mematikan agama Islam walaupun telah berjaya mendirikan negara haram Israel.

Katanya, walaupun mereka dibekalkan dengan segala kekayaan harta dan senjata yang paling moden oleh seluruh kumpulan Yahudi di dunia dan kumpulan negara umat Islam yang bersekongkol dengannya, namun mereka tidak boleh memadamkan cahaya Islam.
Ini, katanya menunjukkan kebenaran sabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa terdapat di kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan golongan Yahudi.

“Hari ini Allah mendedahkan kepada kita siapa yang benar-benar dalam cahaya Islam dan siapa yang terpengaruh dengan Yahudi laknatullah,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, baru-baru ini.

Beliau turut membaca qunut nazilah semasa solat Jumaat dan mengimami solat hajat selepas itu memohon Allah melindungi umat Islam Palestin daripada kezaliman Yahudi.

Katanya, musuh-musuh Islam tidak menduga berlakunya kebangkitan semula umat Islam sekarang setelah mereka merosakkan pemikiran dan memusnahkan ekonomi serta politik umat Islam.

“Tiba-tiba muncul kumpulan Islam yang berjaya menegakkan Islam di bumi Palestin di atas nama Islam, Harakat al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) untuk mengembalikan syariat Allah di bumi Palestin,” ujarnya.

Menurutnya, keadaan itu berlaku setelah umat Islam negara itu kecewa dengan golongan sekular yang kononnya mendapat bantuan kuasa besar Timur dan Barat tetapi menipu mereka.

Katanya, golongan Yahudi berusaha untuk menghapuskan kumpulan Islam dibangkitkan oleh Allah itu dengan merompak harta, segala kegiatan dikepong dan pemimpin mereka ditangkap.

Bagaimanapun, tegasnya Allah melahirkan golongan yang mempertahankan Islam di mana-mana sehingga muncul kumpulan Hizbullah di Lubnan yang menggunakan senjata yang sederhana bagi menentang senjata Israel yang canggih.

Jelasnya, Allah telah mendedahkan di dalam al-Quran bahawa Yahudi adalah bangsa yang penakut.

Menurutnya, bangsa Yahudi tidak berani berperang di medan yang terbuka melainkan mereka di dalam kota-kota yang teguh, dalam kereta kebal yang kuat dan di dalam kubu-kubu di bawah tanah dengan menggunakan senjata jarak jauh.

“Hari ini Allah mengulangi sekali lagi mukjizat al-Quran sebenarnya mereka bangsa yang penakut dan Allah mendedahkan di kalangan umat Islam ada yang munafik dan lemah imannya, yang tidak percaya kepada pertolongan Allah,” ujarnya.

Beliau menambah, apa yang berlaku sekarang adalah ujian Allah untuk menapis umat Islam bagi membezakan di antara orang-orang yang benar-benar beriman atau berbohong serta mereka yang lemah iman.

“Jelas kepada kita negara-negara umat Islam sebahagian besarnya dipimpin oleh sama ada golongan munafik atau orang yang lemah imannya, bukan kuat iman,” katanya.

Ini, katanya menunjukkan umat Islam di seluruh dunia masih ada lagi orang-orang yang mempunyai keimanan yang kuat dan berpegang dengan agama Allah.

“Marilah kita membuat muhasabah diri dalam zaman yang penuh dengan cabaran ini supaya kita bersama dengan kumpulan Islam,” ujarnya.

http://www.parti-pas.org/

::: Yahudi tidak boleh padam cahaya Islam - T.G. Hj Abd Hadi :::

Created And Designed by
hamba_tarbiyah@yahoo.com ®
All Rights Reserved
Copyright © 2006

overstock
Free Web Page Counters
overstock

 

Tazkirah Ramadhan
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cari :

di