Make your own free website on Tripod.com

"Bersama Membela Maruah Palestin"

"Membantu Palestin Hukumnya Wajib." -Fatawa Syeikh Dr. Yusuf Qhardawi

Seterusnya kerajaan British dan sekutu-sekutunya telah mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara untuk orang-orang Yahudi seluruh dunia pada tahun 1947.

Selama beratus-ratus tahun lamanya, Israel berada di bawah pemerintahan Khalifah Islam, sehinggalah penubuhan kedutaan British yang pertama di Jerusalem dalam pertengahan tahun 1800.

Ketika pemerintahan empayar Uthmaniah berada dalam keadaan nazak, seorang kenamaan British berdarah Yahudi bernama Moses Montofiore mula mencanang idea penubuhan negara Israel pada tahun 1839

"Bersama Hamas Menentang Kewujudan Negara Iseral"

 

 

 

 

 

Bar Kod Barangan Israel

"Bersama Memboikot Barangan Israel"
Dunia Islam
@
L
-ikhwan
Cbox
Give Your
Comments
Malaysia
"Bersama Membantah Penubuhan IFC"

@L-ikhwan Live Play:

Bacaan Al-Quran, Nasyid, Video....

@L-ikhwan
InfraSide
Manfaatkannya

Oleh(re-edit) : @L-ikhwan Editor

Rancangan Amerika untuk menguasai pengaruhnya di Timur Tengah bermula secara tersusun sejak daripada zaman Presiden Jimmy Carter melalui perjanjian Camp David pada tahun 1978. Ia diikuti oleh Reagen dan Bush senior. Garis besar rancangan tersebut memacu kepada penyelesaian serentak isu Palestin dan Syria-Lubnan.

Sebelum itu, di tengah perang saudara yang meletus di Lubnan, Amerika telah mengunakan pengaruhnya keatas Syria untuk menempatkan tentera Syria di Lubnan dan seterusnya membentuk pengaruh tersendiri di Lubnan melalui perjanjian Ta’ef pada tahun 1975 . Agenda Amerika ini adalah untuk memastikan kepentingan Amerika di Lubnan terjamin dan mengekang pengaruh Perancis dan Britain di Lubnan seterusnya di timur tengah.

Bagi Amerika, isu Palestin tidak boleh diketepikan. Ini adalah kerana, semua hal yang berkait dengan kewujudan Israel tidak boleh elak daripada berkonfrontasi dengan penduduk asal wilayah yang dijajah. Konfrontasi ini penting bagi Amerika untuk terus campurtangan di Timur Tengah bagi menjamin kepentingan-kepentingannya disitu.

Bagi Eropah, khususnya Britain dan Perancis, mereka menghendaki isu tersebut haruslah dselesaikan secara berasingan. Ini adalah kerana, penyelesaian berpakej yang dirancang oleh Amerika dilihat akan mengancam status quo mereka di Lubnan(Perancis) dan Jordan(British).

Perancangan Amerika Melalui Serangan Israel.

Yahudi yang pada ketika ini sedang berhadapan dengan Hamas di Gaza dan Hizbullah di selatan Lubnan sangat mengetahui dasar penyelesaian Amerika di Timur tengah (penyelesaian isu Palestin, Syria-Lubnan serentak). Serangan yang dilancarkan oleh tentera Yahudi ke atas bandar Gaza dan bandar-bandar di Selatan Lubnan adalah untuk mengeruhkan lagi keadaan sambil berharap dapat memaksa Amerika untuk menyegerakan perancangan mereka di Lubnan dan Palestin

Sejak hari pertama serangan balas Yahudi, Amerika menolak untuk melihat genjatan senjata dalam masa terdekat, walaupun masyarakat dunia menekan untuk melihat genjatan senjata dan disertai dengan perundingan lain. Walaupun serangan Israel telah membunuh ratusan kanak kanak yang seawal usia setahun serta ibu dan ayah, kemusnahan harta benda dan meyebabkan 1 juta penduduk berpindah dan menjadi pelarian, Amerika tetap tidak berundur demi menjamin cengkamannya di timur tengah melalui kejayaan pelan asalnya (penyelesaian serentak).

Amerika dalam masa yang sama sedang memasarkan apa yang dikatakan sebagai “Sustainable Cease-fire”(sebenarnya merupakan pelan asal Amerika sejak era Carter) . Perkiraan Amerika adalah untuk memaksa Syria-Lubnan untuk berkompromi dan dalam masa yang sama melumpuhkan kemampuan Hizbullah demi keselamatan Israel. Samada disedari oleh Hizbullah atau tidak, Syria sebenarnya sedang melihat kehancuran mereka atau sekurang-kurangnya sedang mengajar Hizbullah agar berkompromi dengan mengiktiraf Israel.

Mengapa Iran Terlibat Sama?

Perancangan di Iraq dan Afganistan tidak seperti yang dirancangkan, sebagai jalan keluar, negara jiran iaitu Iran dan Syria harus dilibatkan sama, tetapi melibatkan Iran dan Syria tidak akan sempurna tanpa menyelesaikan krisis timur tengah secara menyeluruh. Penyelesaian menyeluruh (isu lubnan, palestin,Iraq dan Afghanistan) dilihat akan dicapai dengan cara:

1. Mengalihkan perhatian dari (walaupun sementara) dari jenayah dan kegagalan mereka di Iraq dan Afganistan.

2. Amerika akan mencari jalan melunakan Iran melalui perundingan dengan memberi sebahagian dari Iraq kepada Iran bagi menyelesaikan isu nuklear Iran ( sebagaimana Amerika pernah memberi bahagian Lubnan kepada Syria untuk menyekat pengaruh Eropah).

3. Syria pula dapat membantu dengan cara mengawal sempadan Syria-Iraq untuk menyekat perjalanan keluar-masuk kumpulan “penganas”.

4. Memudahkan penyelesaian isu palestin. Apabila Syria sedia untuk mengiktiraf Israel, seterusnya ia membuka langkah kepada setiap organisasi-organisasi di Palestin agar mengiktiraf Israel dengan lunas-lunas yang dikendaki oleh Israel.

Kejayaan perancanaan Amerika ini akan dapat:

1.Menjamin cengkaman Amerika di timur tengah seterusnya menjamin kepentingan Amerika terutama yang berkaitan dengan bekalan minyak dan gas.

2.Menaikkan Imej Amerika di Timur Tengah dan mengelak daripada dimalukan akibat kegagalan di Timur Tengah, seterusnya meningkatkan populariti Bush dan Parti Republikan menjelang pilihanraya.

Kesimpulannya Amerika akan mengarahkan Syria-Lubnan, Iran, pihak yang mewakili palestin dan Yahudi melalui isu serangan ke atas lubnan ini agar duduk di meja rundingan dan seterusnya mengolah persetujuan melalui jalan kompromi dan tawar-menawar. Semuanya dilakukan demi menjamin kepentingan Amerika.

Nasib Ummat Islam

Begitulah nasib ummat Islam yang menjadi mangsa di tangan pemerintah-pemerintah yang mengkhianati ummatnya. Tanah, Nyawa serta kehormatan ummat islam dijadikan bahan tawar- menawar demi menjamin kepentingan kufar, Sehinggalah tiba hari itu.

“ Pada hari itu berbahagialah orang-orang beriman dengan kemenangan dari Allah” [TMQ Ar-Rum:4,5]

Sumber : mykhilafah.com

::: Peranan US Dalam Konflik Lubnan-Israel :::

Created And Designed by
hamba_tarbiyah@yahoo.com ®
All Rights Reserved
Copyright © 2006

overstock
Free Web Page Counters
overstock

 

Tazkirah Ramadhan
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cari :

di