Make your own free website on Tripod.com

"Bersama Membela Maruah Palestin"

"Membantu Palestin Hukumnya Wajib." -Fatawa Syeikh Dr. Yusuf Qhardawi

Seterusnya kerajaan British dan sekutu-sekutunya telah mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara untuk orang-orang Yahudi seluruh dunia pada tahun 1947.

Selama beratus-ratus tahun lamanya, Israel berada di bawah pemerintahan Khalifah Islam, sehinggalah penubuhan kedutaan British yang pertama di Jerusalem dalam pertengahan tahun 1800.

Ketika pemerintahan empayar Uthmaniah berada dalam keadaan nazak, seorang kenamaan British berdarah Yahudi bernama Moses Montofiore mula mencanang idea penubuhan negara Israel pada tahun 1839

"Bersama Hamas Menentang Kewujudan Negara Iseral"

 

 

 

 

 

Bar Kod Barangan Israel

"Bersama Memboikot Barangan Israel"
Dunia Islam
@
L
-ikhwan
Cbox
Give Your
Comments
Malaysia
"Bersama Membantah Penubuhan IFC"

@L-ikhwan Live Play:

Bacaan Al-Quran, Nasyid, Video....

@L-ikhwan
InfraSide
Manfaatkannya

Oleh(re-edit) : @L-ikhwan Editor

Kami telah mendapat maklumat bahawa akhir-akhir ini terdapat e-mail dan sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi mesej-mesej berbahaya yang ditujukan kepada beberapa individu yang terlibat dengan kes Azlina Jailani serta Kumpulan Artikel 11 sedang beredar di kalangan masyarakat umum. Ini termasuk e-mail yang menawarkan ganjaran wang bagi sesiapa yang dapat membunuh peguam Malik Imtiaz Sarwar. Ada juga poster seumpamanya yang ditujukan kepada Sdri. Azlina Jailani.

PEMBELA dan ABIM memandang serius perkembangan yang amat membimbangkan ini dan ingin membuat beberapa penegasan:

- PEMBELA dan ABIM menentang mana-mana pendekatan dan kaedah yang bertentangan dengan hukum-hakam Syarak dan Undang-undang Negara. Walau apapun kesalahan dan kesilapan yang mungkin dilakukan oleh pihak-pihak terbabit, hukum syarak dan undang-undang negara tidak membenarkan mana-mana individu mengambil tindakan sendiri dengan membelakangkan proses undang-undang yang sah.

- Bagaimanapun kami agak sangsi bahawa ugutan tersebut benar-benar serius kerana tindakan tersebut bukanlah sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia dalam apa keadaan sekalipun. Adalah tidak mustahil bahawa usaha ini adalah tindakan pihak-pihak yang sengaja ingin memberi imej buruk kepada usaha murni yang digerakkan oleh PEMBELA dan ABIM dalam menangani isu-isu berkaitan kedudukan Islam di Malaysia.

- Kami menggesa pihak polis agar segera menyiasat perkara ini dan menghentikan usaha tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang jelas mempunyai niat jahat untuk megeruhkan keharmonian hidup masyarakat berbilang agama di Malaysia.

- PEMBELA dan ABIM mengulangi pendirian bahawa isu-isu berkaitan agama, terutama sekali dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia merupakan isu yang amat sensitif. Oleh yang demikian, kami sentiasa menegaskan bahawa isu-isu sensitif sebegini perlu dibincangkan dalam forum yang sesuai dan bukannya secara konfrontrasi. Pendekatan konfrontasi hanya akan membuka ruang kepada tindakan-tindakan di luar kawalan sepertimana ugutan bunuh yang sedang dihadapi oleh Sdr. Malik Imtiaz.

- Sementara ABIM dan PEMBELA mempunyai pandangan yang berbeza dengan Sdr. Malik Imtiaz, ABIM tidak akan sekali-kali membenarkan penggunaan kekerasan terhadap beliau atau mana-mana rakyat Malaysia. Ini berdasarkan prinsip bahawa perbezaan pandangan dalam Islam perlu diselesaikan menurut tuntutan moral dan etika Islam dan bukan melalui kekerasan. Tindakan sedemikian adalah tidak Islamik dan menjejaskan budaya dialog secara beradab yang sentiasa diketengahkan oleh ABIM.

- ABIM menegaskan bahawa perdebatan mengenai agama perlu dilakukan dengan penuh beradab adab dan saling hormat menghormati. Semua pihak juga perlu patuh kepada undang-undang negara dan perlembagaan. Penggunaan kekerasan, cacian, bahasa kesat dan ugutan bunuh sesungguhnya tidak ada tempat dalam sebuah masyarakat yang bertamadun.

Yang benar,

YUSRI MOHAMAD
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Merangkap Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

http://myislamnetwork.net/

::: Pembela Dan Abim Bantah Ugutan Bunuh Kes Lina Joy :::

Created And Designed by
hamba_tarbiyah@yahoo.com ®
All Rights Reserved
Copyright © 2006

overstock
Free Web Page Counters
overstock

 

Tazkirah Ramadhan
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cari :

di