Make your own free website on Tripod.com

"Bersama Membela Maruah Palestin"

"Membantu Palestin Hukumnya Wajib." -Fatawa Syeikh Dr. Yusuf Qhardawi

Seterusnya kerajaan British dan sekutu-sekutunya telah mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara untuk orang-orang Yahudi seluruh dunia pada tahun 1947.

Selama beratus-ratus tahun lamanya, Israel berada di bawah pemerintahan Khalifah Islam, sehinggalah penubuhan kedutaan British yang pertama di Jerusalem dalam pertengahan tahun 1800.

Ketika pemerintahan empayar Uthmaniah berada dalam keadaan nazak, seorang kenamaan British berdarah Yahudi bernama Moses Montofiore mula mencanang idea penubuhan negara Israel pada tahun 1839

"Bersama Hamas Menentang Kewujudan Negara Iseral"

 

 

 

 

 

Bar Kod Barangan Israel

"Bersama Memboikot Barangan Israel"
Dunia Islam
@
L
-ikhwan
Cbox
Give Your
Comments
Malaysia
"Bersama Membantah Penubuhan IFC"

@L-ikhwan Live Play:

Bacaan Al-Quran, Nasyid, Video....

@L-ikhwan
InfraSide
Manfaatkannya

Oleh(re-edit) : @L-ikhwan Editor

Rakyat terus tidak tahu benarkah Malaysia di bawah pemerintahan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menawarkan kepada Singapura ruang udara dan pasir berjumlah sehingga satu bilion meter padu bagi tempoh 20 tahun, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

"Tindakan kerajaan mengklasifikasikan semula beberapa dokumen rahsia tidak sedikitpun menyentuh tuduhan bekas Perdana Menteri, (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) bahawa Malaysia di bawah pemerintahan Abdullah menawarkan ruang udara untuk kegunaan tentera udara Singapura dan pasir berjumlah sehingga satu bilion meter padu bagi tempoh 20 tahun untuk negara itu," kata beliau.
Perkara itulah, katanya, yang ingin diketahui oleh rakyat memandangkan yang membuat tuduhan itu adalah seorang bekas Perdana Menteri dan diulang berkali-kali oleh beliau.

"Penjelasan kerajaan hanya menyebutkan Dr Mahathir bersetuju Singapura membeli pasir dan menggunakan ruang udara. Perkara itu bukan perkara baru dan bukan satu berita (not new and not news).

"Dr Mahathir sendiri mengakuinya dan beliau juga yang mendakwa bahawa beliau telah menghentikan kedua-duanya," kata beliau.

Persoalannya, kata beliau, adakah selepas Dr Mahathir mengambil keputusan menghentikan kedua-dua perkara itu, Malaysia di bawah Abdulah sekali lagi menawarkannya kepada Singapura dalam perundingan dengan pulau penuh ancaman itu?

"Perkara itulah yang menjadi bahan utama berita dan perkara itulah yang memerlukan penafian yang tegas dan jelas dari kerajaan," kata beliau.

Persoalan juga timbul, katanya, adakah Dr Mahathir memfitnah kerajaan Abdullah apabila beliau mendakwa Malaysia menawarkan ruang udara dan dan pasir berjumlah sehingga satu bilion meter padu bagi tempoh 20 tahun kepada negara itu?

"Jika Dr Mahathir memfitnah kerajaan Abdullah, mengapa penjelasan kerajaan melalui tindakan mengklasifikasikan semula beberapa dokumen rahsia tidak menyatakan bahawa Dr Mahathir menyebarkan fitnah yang tidak berasas apabila beliau membangkitkan tawaran penggunaan ruang udara Malaysia dan penjualan pasir berjumlah sehingga satu bilion meter padu bagi tempoh 20 tahun kepada negara itu?" tanya Salahuddin.

Beliau seterusnya bertanya, jika kerajaan menjadi mangsa fitnah Dr Mahathir, mengapa tindakan undang-undang tidak diambil ke atas bekas Perdana Menteri itu supaya beliau boleh didakwa kerana memfitnah kerajaan menawarkan penggunaan ruang udara Malaysia dan penjualan pasir berjumlah sehingga satu bilion meter padu bagi tempoh 20 tahun kepada Singapura?

Salahuddin berharap Perdana Menteri menjelaskan perkara itu berserta dengan bukti-bukti yang tidak boleh dinafikan lagi oleh Dr Mahathir.

"Perdana Menteri mesti berani mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh Dr Mahathir apabila beliau mendakwa kerajaan menawarkan penggunaan ruang udara Malaysia dan penjualan pasir berjumlah sehingga satu bilion meter padu bagi tempoh 20 tahun kepada Singapura, jika kerajaan berada di pihak yang benar.

"Saya mengulangi tuduhan Dr Mahathir itu berkali-kali kepara perkara itu merupaka perkara utama yang ingin diketahui rakyat selain kritikan Dr Mahathir mengenai AP, Proton, pegawai-pegawai di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri lebih bekusa dari Perdana Menteri dan sebagainya," kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas editor eksekutif Malay Mail, Ahirudin Attan atau Rocky Attan mendedahkan di dalam blognya, rockybru.blogspot.com, bahawa dokumen-dokumen yang diklasifikasikan semula oleh kerajaan itu bukan sesuatu yang baru kerana surat-surat tersebut memang telah lama terdapat di dalamlaman web Channel News Asia yang diterbitkan dari Singapura.

http://www.parti-pas.org/

::: Dokumen Isu Jambatan Tak Jelaskan Isu Sebenar :::

Created And Designed by
hamba_tarbiyah@yahoo.com ®
All Rights Reserved
Copyright © 2006

overstock
Free Web Page Counters
overstock

 

Tazkirah Ramadhan
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cari :

di