"Bersama Membela Maruah Palestin"

"Membantu Palestin Hukumnya Wajib." -Fatawa Syeikh Dr. Yusuf Qhardawi

Seterusnya kerajaan British dan sekutu-sekutunya telah mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara untuk orang-orang Yahudi seluruh dunia pada tahun 1947.

Selama beratus-ratus tahun lamanya, Israel berada di bawah pemerintahan Khalifah Islam, sehinggalah penubuhan kedutaan British yang pertama di Jerusalem dalam pertengahan tahun 1800.

Ketika pemerintahan empayar Uthmaniah berada dalam keadaan nazak, seorang kenamaan British berdarah Yahudi bernama Moses Montofiore mula mencanang idea penubuhan negara Israel pada tahun 1839

"Bersama Hamas Menentang Kewujudan Negara Iseral"

 

 

 

 

 

Bar Kod Barangan Israel

"Bersama Memboikot Barangan Israel"
Dunia Islam
@
L
-ikhwan
Cbox
Give Your
Comments
Malaysia
"Bersama Membantah Penubuhan IFC"

@L-ikhwan Live Play:

Bacaan Al-Quran, Nasyid, Video....

@L-ikhwan
InfraSide
Manfaatkannya

Oleh(re-edit) : @L-ikhwan Editor

BEIRUT: Hizbullah semalam menyatakan pejuangnya berjaya menggagalkan serangan komando Israel ke atas kubu kuat pergerakan itu di Baalbek, selatan Lubnan yang segera disifatkan Perdana Menteri, Fuad Siniora sebagai tindakan mencabul gencatan senjata.

Hizbullah menyatakan, komando Israel terbabit menyamar sebagai tentera Lubnan dan pejuang Hizbullah berjaya memintas mereka menyebabkan pertempuran sengit meletus, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang askar Israel maut dan enam lagi cedera.

Israel pula mendakwa, tiga pejuang Hizbullah terbunuh dalam serangan komandonya. Tentera Israel mengesahkan laporan itu dan mendakwa berjaya melakukan misi itu dan berhasrat meneruskan operasi itu bagi menyekat penyeludupan senjata kepada Hizbullah.

Pegawai keselamatan Lubnan mengesahkan laporan televisyen Hizbullah yang menyatakan komando Israel itu dikerah ke situ menggunakan helikopter ke kawasan di luar kampung Boudai, barat Baalbek di timur Lubnan.

Pegawai itu berkata, tentera Israel kelihatan mencari sasaran Hizbullah berhampiran sebuah sekolah di situ dan menegaskan, sekurang-kurangnya tiga pejuang Hizbullah terbunuh dalam pertempuran itu.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut.Pegawai itu turut melaporkan Israel turut kerap melakukan penerbangan di ruang udara selatan Lubnan.

Pegawai kerajaan wilayah Lembah Bekaa, Antoine Suleiman mengesahkan tentera Israel mendarat di kawasannya.

Beliau memberitahu stesen radio swasta, Suara Lubnan, tentera terbabit membawa bersama dua kenderaan tetapi kumpulan komando itu segera berundur selepas pertempuran.

Jika laporan itu disahkan oleh Israel, ia menjadi tindakan pertama Israel melancarkan operasi tentera berskala sedemikian sejak gencatan senjata dikuatkuasakan Isnin lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, tentera Lubnan diarahkan supaya bekerjasama dengan Hizbullah kerana berjaya mengejutkan dunia dengan semangat padu bagi menewaskan musuh yang sebelum ini dianggap kebal.

Surat pekeliling dalaman kepada anggota tentera minggu lalu mengejutkan Kabinet Lubnan yang sebelum ini mengarahkan tentera supaya melucutkan senjata anggota pergerakan Hizbullah, lapor akhbar Britain, The Guardian semalam.

Ia juga mencetuskan kegusaran Israel, Amerika Syarikat dan beberapa anggota Majlis Keselamatan mengenai tentera Lubnan yang dikatakan tidak mampu mengawal keselamatan selatan negara itu selain mencetuskan desakan supaya pasukan pengaman dunia dihantar segera.

Menurut sumber yang rapat dengan pemerintahan tentera, ada perjanjian tersirat antara Hizbullah dan tentera iaitu pejuang Hizbullah akan pulang ke kampung halaman masing-masing dan semua senjata akan disorok.

Semua senjata yang ditemui akan dirampas tetapi sebarang cubaan untuk melucutkan senjata pergerakan itu sepenuhnya tidak akan dilaksanakan buat masa ini.

Jeneral (bersara) Nizar Abdel-Kader yang pernah menjadi timbalan ketua staf tentera yang masih mempunyai hubungan rapat dengan tentera memberitahu, tentera menyedari wujud senjata di semua rumah.

“Bagaimanapun, tentera tidak akan mencarinya atau menggeledah.

“Apa yang kami bimbangkan adalah pelancar roket. Ada semacam perjanjian dengan Hizbullah bahawa sebarang senjata yang ditemui akan dirampas,” katanya.

Perasaan saling menghormati dan bekerjasama wujud antara tentera dan Hizbullah, kata Nizar.

“Mereka adalah dua entiti berbeza tetapi bekerjasama dalam isu keselamatan,” katanya sambil menambah, ramai anggota tentera berasal dari selatan Lubnan.

Seorang penganalisis pertahanan yang enggan namanya disiarkan berkata, tentera sering menjadi pembantu kepada anggota Hizbullah di selatan Lubnan.

Sumber : AP, Agensi, Berita Minggu

http://www.mykhilafah.com/

::: Israel Terus Cabul Gencatan :::

Created And Designed by
hamba_tarbiyah@yahoo.com ®
All Rights Reserved
Copyright © 2006

overstock
Free Web Page Counters
overstock

 

Tazkirah Ramadhan
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cari :

di