Make your own free website on Tripod.com

"Bersama Membela Maruah Palestin"

"Membantu Palestin Hukumnya Wajib." -Fatawa Syeikh Dr. Yusuf Qhardawi

Seterusnya kerajaan British dan sekutu-sekutunya telah mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara untuk orang-orang Yahudi seluruh dunia pada tahun 1947.

Selama beratus-ratus tahun lamanya, Israel berada di bawah pemerintahan Khalifah Islam, sehinggalah penubuhan kedutaan British yang pertama di Jerusalem dalam pertengahan tahun 1800.

Ketika pemerintahan empayar Uthmaniah berada dalam keadaan nazak, seorang kenamaan British berdarah Yahudi bernama Moses Montofiore mula mencanang idea penubuhan negara Israel pada tahun 1839

"Bersama Hamas Menentang Kewujudan Negara Iseral"

 

 

 

 

 

Bar Kod Barangan Israel

"Bersama Memboikot Barangan Israel"
Dunia Islam
@
L
-ikhwan
Cbox
Give Your
Comments
Malaysia
"Bersama Membantah Penubuhan IFC"

@L-ikhwan Live Play:

Bacaan Al-Quran, Nasyid, Video....

@L-ikhwan
InfraSide
Manfaatkannya

Oleh(re-edit) : @L-ikhwan Editor

Pergelutan dengan Parti Fatah masih belum menampakkan sebarang tanda-tanda yang menunjukkan mereka akan dapat bekerjasama untuk mengembalikan perjuangan sebenar rakyat Palestin. Kebanyakkan warga tua Palestin masih tidak akan dapat melupakan bagaimana mereka dihalau daripada kampung halaman dan hidup sebagai pelarian di negara-negara jiran atau hidup terasing di tanah air mereka sendiri. Keazaman mereka untuk pulang ke kampong halaman masih kuat. Tetapi, dengan ketegangan politik yang sedang berlaku ketika ini, ia tidak memungkinkan perkara tersebut berlaku.

Kedudukan masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama dan masjid ketiga suci di dalam Islam itu begitu pilu jika dikenangkan. Sebenarnya, Israel masih khuatir untuk memusnahkan terus masjid tersebut. Ini adalah kerana, kemusnahan Masjid Al-Aqsa akan membuka satu lagi lipatan siri keganasan yang berkemungkinan besar akan membawa kepada kehancuran terus kekuasan Israel daripada bumi Palestin.

Adakah kemusnahan Masjid Al Aqsa itu benar-benar menjadi agenda agen-agen Israel? Padahal penubuhan Israel dan agen-agennya pada pandangan Othordox Yahudi merupakan bid’aah di dalam ajaran mereka. Mereka langsung tidak ada kena mengena dengan perjuangan Israel. Bahkan, masih terdapat sebahagian daripada mereka yang mahu hidup di bawah naungan Khilafah sebagaimana zaman kegemilangannya suatu masa dahulu. Mewujudkan ancaman kemusnahan Masjid Al-Aqsa mempunyai maksud yang tersendiri. Kaum muslimin berhak untuk beremosi di dalam hal ini tetapi kita tidak boleh lalai dengan sebarang agenda tersirat di sebalik ancaman tersebut.

Hamas sebagai sebuah pergerakan Islam yang sangat berperangaruh, seharusnya memikirkan perkara yang lebih besar daripada sekadar memerdekakan Palestin. Apalah ertinya mereka diberikan kuasa penuh ke atas wilayah tertentu tetapi Israel masih wujud. Tanah yang Israel duduki ketika ini merupakan tanah Palestin. Israel tidak berhak walaupun seluas satu kaki persegi.

Tindakan Presiden Palestin Mahmoud Abbas memaksa Hamas mengiktiraf Israel adalah sangat memalukan. Ia dengan jelas menunjukkan kelemahan politik Abbas. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan kepimpinan Abbas.

Tekanan yang dikenakan oleh Israel dan seluruh agen-agen ke atas Palestin adalah disebabkan mereka khuatir akan kehancuran bangsa yahudi yang semakin menjadi nyata. Mereka akan terus menekan rakyat Palestin dengan menetapkan sempadan dengan membina tembok-tembok yang besar dan tinggi agar mereka dapat menghentikan kehancuran tersebut. Padahal mereka lupa bahawa kehancuran mereka itu telah pun ditakdirkan. Tidak ada kuasa yang lebih besar yang dapat menghentikan takdir Allah SWT. Perjuangan mengembalikan Khilafah adalah peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk mendapatkan keredhaanNya.

Sumber : mykhilafah.com

::: HAMAS, Palestin Dan Masjidil Al Aqsa :::

Created And Designed by
hamba_tarbiyah@yahoo.com ®
All Rights Reserved
Copyright © 2006

overstock
Free Web Page Counters
overstock

 

Tazkirah Ramadhan
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cari :

di